background template

kamu yang comel tu! alahai comelnyew..follow la :3

03/10/2013

tips asas penjagaan rambut

bila cakap pasal tips jaga rambut, ramai yang syorkan petua-petua tradisional. mostly petua-petua ni gunakan bahan-bahan yang kalau duduk kat rumah tu senanglah dapat. tapi for students yang duduk kat hostel atau rumah sewa,tambah-tambah kalau sibuk dan tak sempat kemana-mana, macam susah sikit. plus, bahan-bahan tu kebanyakannya makanan. mesti sayang nak guna untuk lumur-lumur kat rambut. baik makan kann!!. sape yang student tu mesti faham bahawasanya makanan tu penting, walaupun rambut jugak tak kurang pentingnya, hahaa.. 

so kat sini nak share tips-tips basic harian yang mudah tapi kita tak sedar kita amalkan atau tak. kalau nak petua petua yang guna bunga raya, lidah buaya, limaupurut, santan, mayonis, telur dan sebagainya tu, boleh google je konfem banyak. 



SYAMPU + CONDITIONER
syampu memang dah jadi bahan wajib untuk sesiapa je yang ada rambut. tapi ramai yang abaikan conditoner yang tak kurang pentingnya jugak. fyi, Shampoo untuk membersihkan segala kotoran di kulit kepala. dan semestinya bila kita shampoo pada kulit kepala, rambut kita akan bersih sekali. Conditioner adalah untuk rambut sahaja. Ramai orang salah gunakan conditioner. Jangan gunakan conditioner macam guna shampoo. Just lurutkan kat rambut je. (kalau guna conditioner sampai kat kulit kepala, bagi sesetengah jenis conditioner atau sesetengah jenis kullit kepala, boleh menyebabkan kelemumur! kann dah dari takde dandruff dah jadi ada)

fact tentang syampu dan conditioner : bila cuci rambut guna syampu, cuticle rambut akan terbuka. kalau guna conditioner, rambut dapat serap kandungan yang ada dalam conditioner then menutup semula lubang-lubang cuticle rambut. disyorkan untuk biar beberapa minit sebelum bilas. kalau conditioner tak digunakan, cuticle rambut tak dpt ditutup semula, menyebabkan kotoran mudah masuk dan zat-zat rambut keluar. rambut boleh jadi kasar dan tak sihat.

shampooing

conditioning

JENIS SYAMPU
Setiap orang dikurniakan rambut yang berbeza-beza. macam mana sekalipun, bersyukurlah dengan rambut memasing. Penting untuk kita kenal ragam rambut sendiri dan tahu syampu mana yang terbaik untuk rambut. Jangan main ikut-ikut kawan je bila nak beli syampu. Sebab, mungkin syampu jenis tu sesuai dengan orang tu, tapi tak sesuai dengan kita. Takes time untuk eksperimen (tukar-tukar produk) then bila dah tau yang mana paling bagus dengan rambut, boleh lah stick pada produk tu je. 

KEKERAPAN MENSYAMPU
ramai orang kata, cuci rambut setiap hari dengan shampoo akan buat rambut rapuh dan luruh. tapi sebenarnya, lain orang, lain jenis kulit kepalanya. sesetengah orang, kulit kepala cepat berminyak, disarankan untuk cuci rambut setiap hari. sesetengah orang pulak, kalau tak syampu terus rambut jadi keras. tapi, seeloknya, cuci rambut selang sehari, supaya kulit kepala akan sempat untuk kembali neutral dari segala chemical yang ada dalam shampoo. (aku selalu redah shampoo setiap hari sebab nak wangi, haha)
lagi satu, kalau guna syampu jenis anti-dandruff, elakkan syampu setiap hari sebab syampu jenis ni kuat. 

PRODUK TAMBAHAN
selain shampoo dan conditioner, tak salah keluarkan bajet lebih sikit demi rambut untuk krim leave-on atau minyak zaitun untuk sapu-sapu kat rambut. baru lah rambut dapat nutrient, jadi lembut, dan tak senang menggerbang. boleh jugak beli hair vitamin contoh yang macam ni :
selain tu, lagi bagus kalau nak completekan dengan set hair repair/treatment cream atau hair serum. kalau ada bajet lebih, lagi bagus kalau guna produk-produk rambut salon. sebab produk-produk salon memang tiptop sepadan dengan harganya.haha.. nak jimat, guna je produk yang ada di pasaran dan kalau rajin pergilah jugak treatment rambut kat salon seminggu sekali ke sebulan sekali ke. kalau kat area shah alam, seksyen 18 ada banyaakk salon for women only dan harganya pon berpatutan.tak over mahal macam sesetengah salon tu.
 untuk muslimah perlu dititikberat, pastikan salon tu memang lelaki tak masuk dan pekerja salon tu wanita islam jugak. ramai yang tak alert aurat wanita islam dengan wanita non-muslim termasuklah rambut jugak.selain muka, cuma anggota bekerja (kaki, tangan) je yang dikecualikan sbg aurat dgn wanita non-muslim. lain-lain anggota masih dikira aurat.

ELAK GUNA HAIRDYRER
Biasakan keringkan rambut dengan udara biasa. Haba panas dari pengering rambut cepat rosakkan rambut.

ELAK GOSOK RAMBUT TERLALU KASAR
keringkan rambut dengan tuala, lurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan kering sendiri. Jangan gosok rambut dengan kasar.

ELAK TERLALU KERAP IKAT RAMBUT
Terlalu kerap ikat rambut, tambah-tambah ikat kemas seketat-ketatnya akan menyebabkan rambut jadi berketak-ketak. Waktu tidur, biarkan rambut bebas terurai, kalau diikat rambut boleh jadi rapuh. Waktu-waktu biasa, kalau boleh elakkan ikat rambut. Kalau rimas sangat pon ikat longgar-longgar je supaya rambut tetap lurus menawan bak iklan shampoo ''rebonding kee?'' ''eh, taklah :)'' hahaa.. 
hrm, bab rebonding atau iron rambut, elakkan sebab semua ni cepat rosakkan rambut. walau pun cantik, tapi temporary. tapi memang cantik. hrm aku pon teringin sebenarnya haha >_<

DARI SEGI ISLAMIK
Bagi yang bertudung, memang tersangat banyak advantage. Rambut dah konfem-konfem terlindung dari matahari dan sinar UV. Rambut jugak terlindung dari segala macam debu dan kotoran. Tambah-tambah lagi lah zaman sekarang ni, atmosfera dah menipis. banyak UV yang tak tertapis dan semua org pon tau kan UV ni bahaya. udara sekarang pon dah tercemar, segala macam mak nenek terkandung dalam udara. kalau dah bertutup, tak payah fikir dah, peratus rambut rosak tu sikit je dan insyaAllah selamat :)
ada orang cakap, pakai tudung ni rambut terperap, ect ect.. sebenarnya, tak jadi masalah pon kalau jaga kebersihan even tertutup 24 jam dengan tudung. dan siapa yang cukup faham, Islam memang mementingkan kebersihan 'kebersihan separuh daripada iman'.
lagi satu, dye atau warnakan rambut boleh menyebabkan rambut cepat rosak. sebab tu, jom ramai-ramai tinggalkan terus trend warnakan rambut ni okayy :) alternatif, bubuh inai lagi bagus sebab inai ada nutrient semulajadi.

PETUA-PETUA TRADISIONAL
Bagi yang sibuk, boleh buat treatment ni time free atau weekend. Dulu masa kecik-kecik, mak selalu lumurkan santan + hampas kelapa + air asam jawa special punya treatment. Lepas tu, rambut jadi lembut sangat, hitam berkilat. memang terrbaekk. sekarang dah tak sempat. rindu zaman-zaman tu, wuhuu

Lastly, selamat mencoba :) kerana dirimu begitu berharga !

12 comments:

  1. Jom masuk peraduan dengan Heliza klik disini
    http://ctmarnal.readthisstory.net/my-877906-5586

    ReplyDelete
  2. Kalau hair mask dengan conditioner, mna dlu kena pakai?

    ReplyDelete
  3. Thanks for the tips, nice sbb selitkan islamik👍

    ReplyDelete
  4. Guna conditioner dulu atau syampu?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Microtouch Titanium trim - TI - Ti - Ti
    Ti - Ti - Ti is a metal-beaded glass-cut aluminum core made with the best titanium titanium hair core titanium cartilage earrings elements in the industry. It has titanium mountain bikes an titaum easy-to-use interface $49.00 · ‎In titanium app stock

    ReplyDelete