MANFAAT MENGHAFAL AL-QURAN
·
Melaksanakan
sunnah Rasulullah s.a.w
Menghafal
al-Quran sebaiknya bermula daripada kecil, bukan ketika sudah berusia?
Betul, tapi, Rsulullah s.a.w mula
menghafal al-Quran bukan semasa berumur 4 tahun, tapi semasa berumur 40 tahun.
·
Mengisi
otak dengan makanan paling sempurna
Apa rahsia para ilmuan Islam
terdahulu sehingga mampu mengarang berjilid-jilid kitab yang dirujuk berabad lamanya, mampu menulis pada
zaman computer masih belum wujud, mampu mengingati ribuan hadis dan kata-kata
ulama? Rahsianya adalah tiada makanan istimewa atau petua ajaib yang diamalkan
selain hafalan al-quran.
Fungsi al-Quran lebih kurang sama
dengan oksigen kerana tanpanya, jiwa dan hati mati.
Rasulullah saw bersabda : “
Sesungguhnya seseorang yang dalam hatinya tiada al-Quran, diibaratkan rumah
yang rosak dan kosong” -H.R.Tarmizi-
·
Membentuk
manusia yang seimbang seperti Rasulullah
Ketika Aisyah ditanya, apakah
akhlak Rasulullah? Beliau menjawab: “Akhlaknya adalah al-Quran”. –H.R. Muslim-
·
Menjadi
kerabat Allah atau ‘Ahlullah’
Rasulullah saw bersabda : “
Sesungguhnya Allah memiliki kerabat dalam kalangan manusia. Sahabat bertanya,
siapakah mereka Rasulullah? Rasulllah menjawab, Mereka adalah ahli al-Quran,
mereka kerabat Allah dan orang pilihanNya” –HR Ibnu Majah-
·
Membantu
Allah mengekalkan al-Quran
·
Kehidupan
lebih dekat dengan Tuhan dan diberkati.
·
Pembersih
teragung hati
Tahniah.Walaupun anda budak medic, anda mampu untuk share post-post macam ni :D
ReplyDelete