background template

kamu yang comel tu! alahai comelnyew..follow la :3

04/12/2012

hilang fokus?



In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate

pernah tak hadapi situasi bila tengah semangat nak study, buku dah disusun bertimbun-timbun tapi baru bukak mengadap buku je tak sampai 10 minit, fikiran dah mula berterbangan menerawang ke alam lain..plan asal utk study tu langsung tak masuk. err,stress bukan? cuba muhasabah balik diri kita, mungkin dek kerana dosa yang kita dah buat menyebabkan terhijab hati kita dgn ilmu yg kita nak tuntut tu... yep T_T 

kat sini ada tips yg boleh kita share :)

1. Berfikiran positif

Anggapkan masa mengulang kaji pelajaran sebagai masa untuk mempelajari sesuatu, bukan untuk melaksanakan tugasan-tugasan sukar.Jika anda asyik memfokuskan fikiran kepada kesukaran dan kepayahan, otak anda akan menjadi penat sebelum anda bermula lagi. Bayangkan anda sedang mencuba keupayaan diri, belajar sesuatu yang baru, dan mempertingkatkan diri sendiri.

2. Jangan pedulikan kebisingan di sekeliling.

Anda tidak boleh mengelakkan kebisingan. Hanya tempat dan waktu tertentu sahaja anda boleh mendapatkannya, tetapi ia bukan mudah, jangan terlalu cerewet. Belajarlah untuk belajar di tempat yang "agak bising. Gunakan kaedah "Jangan jaga tepi kain orang" jika anda ingin "mengasingkan diri" daripada segala kebisingan itu.

3. Gunakan kaedah labah-labah.

Jika anda membaling segumpal kertas ke sarang labah-labah, ia akan mengesan satu bentuk gegaran lantas bergegas ke tempat itu. Apabila ia dapati hanya segumpal kertas, ia akan berpatah balik. Jika anda membaling kertas untuk kali kedua, labah-labah itu tidak akan bergegas lagi, kerana dia tahu jenis gegaran kertas yang tidak boleh dimakan itu (tak percaya anda boleh cuba lakukan pada labah-labah). Begitu juga dengan anda, jika anda sedang belajar di dalam perpustakaan, pasti ada orang yang lalu lalang dihadapan anda, atau membelek-belek buku atau berbisik-bisik. Cukuplah hanya sekali anda memandang kearah mereka, selepas itu, abaikan mereka, sama juga dalam situasi di atas (kereta yang lalu lalang dihadapan jendela). Jadilah seperti labah-labah yang tidak tertipu untuk kali kedua.

4. Pastikan semuanya ada di atas meja.

Buku, alat tulis dan peralatan yang diperlukan sudah tersedia sebelum anda memulakan ulang kaji anda. Jangan biarkan konsentrasi anda terganggu hanya semata-mata terlupa untuk membawa pemadam, pensel, atau kertas catatan, atau kalkulator. Cubalah untuk berada di meja belajar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum anda bangun untuk melakukan perkara lain.

5. Lupakan yang lain, penuhkan otak anda dengan apa yang akan dipelajari.

Buat satu senarai soalan di dalam kepala anda tentang apa-apa yang anda ingin belajar kali ini. Timbulkan pertanyaan-pertanyaan yang mendesak akal supaya berfikir. Dengan ini otak akan sentiasa "melompat-lompat" dari satu idea ke satu idea yang lain.

6. Jangan tahan lapar.

Lapar boleh menghilangkan tumpuan anda tidak kira apa-apa jua keadaan anda. Kadangkala ada pelajar yang pergi ke sekolah atau memasuki dewan peperiksaan tanpa makan terlebih dahulu. Akhir sekali kelaparan merobek usus mereka dan tiada satu pun jawapan yang dia ingat. Usah diseksa perut anda yang sedang menyanyi itu. Luangkan sedikit masa untuk mengisi sehingga hilang kelaparan itu.

7. Buat senarai semakan hilang tumpuan.

Bunyinya agak menggelikan hati, tetapi ia penting untuk mengingatkan anda. Berapa anda telah hilang tumpuan. Bawalah satu kertas kecil, ditulis dengan tarikh dan masa, setiap kali anda hilang tumpuan, tandakan pada senarai semakan tersebut. Buat secara tetap dan berterusan sehingga anda benar-benar menyedari betapa banyak diri anda "tergelincir" dari landasan yang tepat.

Anda juga boleh belajar memberikan tumpuan dengan mengambil iktibar daripada kekusyukan solat lima waktu. Semasa solat, otak diajar untuk memberikan tumpuan dalam rukun-rukun yang diwajibkan. Teknik yang anda peroleh daripada itu boleh digunakan untuk mengingatkan tumpuan dan fokus anda terhadap ulang kaji anda. Akhir sekali selamat mencuba dan meningkatkan tumpuan ulang kaji anda.

jangan lupa jugak doa sebelum belajar, and wudhuk to0..bila dah rasa penat,boleh renew wudhuk and baca beberapa page quran tafsir. InsyaAllah, semoga dipermudahkan :)

AJAJA FIGHTING!! 

01/12/2012

awesome homestay in December threshold


 so, at first,it's just another 'programmed' weekend and i was kinda, ''hurmmm...''






 dah sampai, ketua kampung berpot-pet..






jyeah! acara makan beradab.keke~ main dish ofkos ulam+sambal belacan yg rarely didapati di U-CAFE. heaven!




















eh,uolls bila dpt anak?kekeke..














 selesai diserahkan kpd family angkat, who knows kami dpt family angkat yang ohsem!! mana tak nya..sampai-sampai je, terus diarah 'melantak'..kecil perut, usus pon kami tadahkan =='












 lepas durian, pelam fresh dari pokok weh!


 susah payah kait utk kami, rasa bersalah tapi ngap jugak.rezeki takboleh ditolak weh.muahaha..

jambu lagi..

 then, ronda satu kampung pulak, lambai-lambai kat suma org *bajet pelancong,bajet hot*




 mak berkata.. ''anak dara kena ikot pegi pasar''










 sape penah tengok kerang hidup-hidup weh? sumpah kat pasaq SP aq ta penah jumpak g..so kami pon 'ter'buat sikap ke-jakun-an di situ =.='

and..the fresh kerang selamat menjadi habuan kami malam tersebut. sedap pergghh 







 acara seterusnya merendek dalam bendang. walaupon dok kat negeri jelapang padi, aku seniri tetap jakun masuk ke bendang tawu.. 

naseb baek aku tau jugak apa itu ban,sila jalan atas batas,pasai pa depa bakaq jerami,tu mesin apa?zaman la oghang tak guna kerbau dahla! and so on, so aku show-off cket ala-ala pemandu pelancong gitu =='













mak, depa buli cheq tengah tengah bendang...





 memancing timeee!!! or bagi aku, aku sebut mengaii*plus sedikit sengau di situ* orang tua-tua pesan, sebut mengaii barula ikan nak mai. ok tipu =.='

tetiba aku tingat pesan makngah time kami mengaii kat ban dulu, ''kalau mengaii takleh bising, kalau dak ikan larii'' *terngiang-ngiang di telinga*

tak semena-mena aku meng-sound kekawan yang laen, ''diam aaa weh..ikan lari sat gi''
''ye ke??'' then depa sengap teruih, dengaq kata aku nampaknya..wahahhaaa






















penangan duri puyu hinggap di tangan filzah

 mak show-off her skill

oppa jaesuk style..PCK pon boleh







 pastu...masuk kebun mak pulakk













 jangan nak menyedap je, back to mission khidmat masyarakat..
gotong-royongss






























tengok apa weh?? macam saspenss jerk..
terpana tengok mbottan ranum rupanya..ceh..






 makan lebih dari wat keja, wahahaa






























man din : pakcik..buah ni nama rambutan rupanya?
pak cik : laa..selama ni anak tak tau ke?

man din : *seluk poket pegang smartfon* baru je google td  pakcik
baju merah : ha'ah..saya baru tweet tanya orang laen tadi pakcik
pakcik : *muka teramat simpati, tak sanggup msukkan gambar*

*OKEH AKU HIPERBOLA. GURAU JE UOLLS* 

AND..minatang ni lah yg kami tunggang kelilin kampung. #daebakk!!












 semua jenis binatang nak tunggang..



 spesies 'motor' dan 'basikal' yang aku tunggang tak sempat disertakan..sebab, udin bawak aku rempit naek moto smapai macam nak melayang ==' basikal pulak sambil maen hujaann..uuu~ #daebakk



senamrobik COCONNUT led by the great pakcik wakaka :D














our supermak, still lawan futsal sampai negeri, juara  gubah  bunga and masterchef of  da village



with udin yg bawak org merempit-player softball negeri
and ejon si midfield bolasepak negeri
like mother like sons, huh?

adik adikku ki,iji,fitri,amad, mohon jeles, angah cari adek laen.muehehee












 tak puas lagi merendek keliling kg, naek trak pulak yg di-drive oleh adek lepasan SPM yg kami ingatkan abang. kampung boys,they were s0o cool! :O











and the scene was like dis! 















 selesai mengidam laksa,fuhh~
 kayak pulak jumm



































sedikit babak ala-ala hindustan


the very end, the oppas perform lagu 'aku anak kampung'

at last, the whole weekend was totally worth!