background template

kamu yang comel tu! alahai comelnyew..follow la :3

04/12/2012

hilang fokus?



In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate

pernah tak hadapi situasi bila tengah semangat nak study, buku dah disusun bertimbun-timbun tapi baru bukak mengadap buku je tak sampai 10 minit, fikiran dah mula berterbangan menerawang ke alam lain..plan asal utk study tu langsung tak masuk. err,stress bukan? cuba muhasabah balik diri kita, mungkin dek kerana dosa yang kita dah buat menyebabkan terhijab hati kita dgn ilmu yg kita nak tuntut tu... yep T_T 

kat sini ada tips yg boleh kita share :)

1. Berfikiran positif

Anggapkan masa mengulang kaji pelajaran sebagai masa untuk mempelajari sesuatu, bukan untuk melaksanakan tugasan-tugasan sukar.Jika anda asyik memfokuskan fikiran kepada kesukaran dan kepayahan, otak anda akan menjadi penat sebelum anda bermula lagi. Bayangkan anda sedang mencuba keupayaan diri, belajar sesuatu yang baru, dan mempertingkatkan diri sendiri.

2. Jangan pedulikan kebisingan di sekeliling.

Anda tidak boleh mengelakkan kebisingan. Hanya tempat dan waktu tertentu sahaja anda boleh mendapatkannya, tetapi ia bukan mudah, jangan terlalu cerewet. Belajarlah untuk belajar di tempat yang "agak bising. Gunakan kaedah "Jangan jaga tepi kain orang" jika anda ingin "mengasingkan diri" daripada segala kebisingan itu.

3. Gunakan kaedah labah-labah.

Jika anda membaling segumpal kertas ke sarang labah-labah, ia akan mengesan satu bentuk gegaran lantas bergegas ke tempat itu. Apabila ia dapati hanya segumpal kertas, ia akan berpatah balik. Jika anda membaling kertas untuk kali kedua, labah-labah itu tidak akan bergegas lagi, kerana dia tahu jenis gegaran kertas yang tidak boleh dimakan itu (tak percaya anda boleh cuba lakukan pada labah-labah). Begitu juga dengan anda, jika anda sedang belajar di dalam perpustakaan, pasti ada orang yang lalu lalang dihadapan anda, atau membelek-belek buku atau berbisik-bisik. Cukuplah hanya sekali anda memandang kearah mereka, selepas itu, abaikan mereka, sama juga dalam situasi di atas (kereta yang lalu lalang dihadapan jendela). Jadilah seperti labah-labah yang tidak tertipu untuk kali kedua.

4. Pastikan semuanya ada di atas meja.

Buku, alat tulis dan peralatan yang diperlukan sudah tersedia sebelum anda memulakan ulang kaji anda. Jangan biarkan konsentrasi anda terganggu hanya semata-mata terlupa untuk membawa pemadam, pensel, atau kertas catatan, atau kalkulator. Cubalah untuk berada di meja belajar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum anda bangun untuk melakukan perkara lain.

5. Lupakan yang lain, penuhkan otak anda dengan apa yang akan dipelajari.

Buat satu senarai soalan di dalam kepala anda tentang apa-apa yang anda ingin belajar kali ini. Timbulkan pertanyaan-pertanyaan yang mendesak akal supaya berfikir. Dengan ini otak akan sentiasa "melompat-lompat" dari satu idea ke satu idea yang lain.

6. Jangan tahan lapar.

Lapar boleh menghilangkan tumpuan anda tidak kira apa-apa jua keadaan anda. Kadangkala ada pelajar yang pergi ke sekolah atau memasuki dewan peperiksaan tanpa makan terlebih dahulu. Akhir sekali kelaparan merobek usus mereka dan tiada satu pun jawapan yang dia ingat. Usah diseksa perut anda yang sedang menyanyi itu. Luangkan sedikit masa untuk mengisi sehingga hilang kelaparan itu.

7. Buat senarai semakan hilang tumpuan.

Bunyinya agak menggelikan hati, tetapi ia penting untuk mengingatkan anda. Berapa anda telah hilang tumpuan. Bawalah satu kertas kecil, ditulis dengan tarikh dan masa, setiap kali anda hilang tumpuan, tandakan pada senarai semakan tersebut. Buat secara tetap dan berterusan sehingga anda benar-benar menyedari betapa banyak diri anda "tergelincir" dari landasan yang tepat.

Anda juga boleh belajar memberikan tumpuan dengan mengambil iktibar daripada kekusyukan solat lima waktu. Semasa solat, otak diajar untuk memberikan tumpuan dalam rukun-rukun yang diwajibkan. Teknik yang anda peroleh daripada itu boleh digunakan untuk mengingatkan tumpuan dan fokus anda terhadap ulang kaji anda. Akhir sekali selamat mencuba dan meningkatkan tumpuan ulang kaji anda.

jangan lupa jugak doa sebelum belajar, and wudhuk to0..bila dah rasa penat,boleh renew wudhuk and baca beberapa page quran tafsir. InsyaAllah, semoga dipermudahkan :)

AJAJA FIGHTING!! 

No comments:

Post a Comment