background template

kamu yang comel tu! alahai comelnyew..follow la :3

06/03/2012

'AKU' dan 'DIA'


Aku dan Dia
mengintai dari balik jeriji besi
Aku melihat langit kosong
Dia melihat langit bercahaya
Sedangkan kami melihat langit yang sama

Aku dan Dia 
menyusur keindahan pantai
Aku melihat ombak ganas meluluhkan 
Dia melihat ombak beralun mendamaikan
Sedangkan kami duduk di tikar yang sama

Aku dan Dia
Menikmati secawan kopi
Aku merasa kepahitan
Dia merasa kemanisan
Sedangkan kami berkongsi cawan yang sama

Hatiku sedih kerana aku tak punya kasut baru
Hatinya tetap bersyukur walhal dia tidak punya kaki
Dalam dirinya neraka menjadi syurga
Dalam diriku syurga ku buat menjadi neraka



Aneh.
AKU dan DIA
sebenarnya SATU.

p/s : look positive+think positive=be positive 

No comments:

Post a Comment