background template

kamu yang comel tu! alahai comelnyew..follow la :3

27/07/2013

18 Ramadhan

*copy karya blog en mato sebab malas beliau taip cenggini kat sidebar beliau --> Nak ambil apa-apa saja idea dari blog ini, silakan. Tak perlu minta izin. Semua ilham yang dikurniakan, datang dari Allah juga. Berkongsi ilmu yosh!



Sekalipun jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah.



Allah.
Aku tak faham.
Kenapa aku selalu di uji.
Dengan ujian hati?

Allah.
Kau sayang aku.
Aku tahu.
Sebab..
Walau jauh aku pergi,
Walau perit ujian yang Kau beri,
Pada akhirnya,
Kau akan tunjukkan jalan.
Untuk aku kembali.
Sucikan diri.
Pada-Mu Rabbi.

Allah.
Bertahun aku pendam.
Orang kata, time heals.
Aku tak faham.
Kenapa luka aku tak pernah sembuh?

Jatuh sembah bumi.
Aku nangis lagi.

Malunya aku Ya Allah.
Jelas sekali aku lemah.
Dikuatkan dengan dakwah tarbiyah.
Aku masih lambat melangkah.
Dihadirkan geng usrah.
Bagaikan hadiah.

Tapi,
Mana ada yang kekal atas bumi ni.
At the end,
Semuanya akan pergi.
Hatta aku pun,
Bakal dijemput malaikat Izrael nanti.

Allah.
Peluklah aku.
Peluklah aku sampai aku tenang.
Selimutkan aku.
Selimutkan aku dengan cinta-Mu.
Seka air mataku.
Pujuk aku dengan kalam-Mu.

Allah.
Malunya aku.
Aku hamba-Mu.
Yang kembali.

Kadang aku pelik.
Kenapa selalu aku diuji dengan lelaki
Malah sampai satu tahap.
Aku rasa macam....
Nak bersendiri.
Tak dikenali.
Tak disayangi.
Asingkan diri.
Jauh-jauh dari semua.

Hinanya aku.
Banyak dosa aku.
Allah.
Ini aku, hamba-Mu.
Malunya aku.
Akhirnya, aku datang jua.
Dalam keadaan hina.
Gugur air mata.
Mengaku banyaknya dosa.



Allah, jagakan mereka.


dah kenapa tukar background kosong ni? 
memang.
kosong.
sekosong hati aku sekarang.
memang.
blog aku memang serabut.semak.
seserabut sesemak hati aku.

05/07/2013

26 Sya'aban

Ramadhan,
kedatanganmu semakin hampir,
rinduku padamu semakin menggila,
kau bawa seribu kemuliaan tak terhitung jumlahnya,
kau tutupi seribu kemusnahan bencana dunia.

Kini ku sedar, aku harus bersiap siaga,
supaya kemuliaan yang kau bawa, tidak berlalu begitu saja,
Al quran, akan sentiasa ku bawa,
mathurat, tahajud, menjadi bekalan ku yang utama

Bebarapa hari lagi tersisa
bekalan akan ku persiapkan secukupnya
kerana Aku ingin menemuimu penuh cinta
cinta pada yang Maha Esa.

someday everything will all make perfect sense.For now laugh at confusion smile through the tears and keep reminding yourself that everthing happens for a reason. I just have to accept them and ask for forgiveness from the Almighty. We have to do post mortem on ourselves rather than have bad judgement to Allah on why Allah doesn’t granted our prayers. First of, He is not obligated to grant them, we are His humble servant and He has all the rights to treat us the way He likes. But Allah is not cruel to us. We have to dissect, it could be the sins we have commited in the past, our relationship with our parents. And now I’m trying my best to become closer to Allah in every minute of my waking life. I’m sure my prayers will be granted one day and Allah knows what’s the best for me.

Ramadhan kali ini, aku harap akan menjadi Ramadhan yang bermakna buat aku. Ya, aku insan yang lemah. Aku hamba yang lemah kerdil lagi hina. Yang tak pernah terlepas dari dosa dan noda tiap ketika. Ya Allah, malunya aku.mana lagi mau aku sorok muka tembok aku ni sedangkan di mana-mana sekalipun masih lagi aku berpijak di bumi pinjamanMU ya Allah.. Ya Allah, terima kasih kerana sedarkan aku dari terbuai lena. Terima kasih kerana masih sayangkan aku, masih mengasihani hambaMU yang dina ini. walaupun aku sedar, aku bukan sesiapa :'( 
Ya Allah, bantulah hambaMU ini, kuatkan aku, untuk Ramadhan kali ini, untuk 11 bulan ke hadapan dan sampaikanlah aku, berikanlah aku peluang untuk bertemu lagi pada Ramadhan seterusnya.. dengan lebih dekat padaMU... dan tak lalai dari mencintaiMU sepenuh hati ini ya Allah..amiin amiin ya rabbal 'alaminn










04/07/2013

post yang ke-100

Dia merenung dalam bait tinta yang ditangkap lensa miliknya. Sepasang mata yang bening itu bergerak-gerak kiri ke kanan. Dia cuba untuk memahami kata-kata itu.
“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…” – Ustaz A.Ubadillah Alias
Dahinya dikerutkan. Keningnya dirapatkan. Tanda dirinya sedang memikirkan sesuatu yang mengusik perasaan.
“Cinta bukan tujuan. Tapi jalan. Cinta bukan matlamat. Tapi alat..” Bait tinta itu bergema dalam sanubarinya.
“Apa ertinya?” Dia bermonolog.
Lama dia merenung. Sesekali, dia menghantar pandangan ke luar jendela. Dia menatap ke arah langit. Cerah. Subhanallah, indah ciptaan-Mu – Burung-burung berkicauan, tanda bertasbih kepada-Nya. Sang unggas bernyanyi riang, tanda memuji kepada-Nya. Segala yang ada di langit mahupun di bumi sujud pada keEsaan-Nya. Dalam asyik dia merenung keindahan ciptaan Tuhan, ada sesuatu yang mengusik kalbunya.
ili1
Cinta. Ya. Dia tahu dia masih muda remaja. Dia tahu masih banyak tanggungjawab yang harus digalasnya. Dia tahu masih banyak impian yang belum diraihnya. Dia tahu, umi dan abinya mengharapkan sesuatu daripadanya. Dia tahu perjalanan hidupnya baru bermula. Dia tahu dia tidak seharusnya leka dalam cinta dunia. Dia tahu dan dia mengerti segala-galanya. Namun, entah mengapa setiap kali dia cuba mengusir satu rasa yang bertamu di dada, tiap kali juga dia kalah melawan perasaannya.
Ya Allah, begitu kuat rasa itu hadir ke dalam kalbunya.
Apa yang perlu dia lakukan? Langkah apa yang perlu dia aturkan? Strategi apa yang perlu dia rencanakan?
Segala-galanya kelihatan suram. Segala-galanya kelihatan tidak berjalan. Hatinya kembali rawan. Mengapa dirinya tidak mampu melawan? Mengapa perasaannya seringkali kecundang? Mengapa hatinya seringkali bermusuhan dengan apa yang dia fikirkan? Hati dan akalnya tidak sehaluan.
Dia tidak mahu lemas dalam dakapan cinta yang melekakan. Dia hanya mahu lemas dalam dakapan cinta Tuhan. Tapi, makin kuat dia mencuba, makin kuat pula dia diduga.
ili
Dia tahu, dia harus kuat menghadapinya. Dia tahu, dia harus melawan rasa cinta yang bertamu dalam hatinya. Dia tahu, dia harus mengusir rasa cinta pada manusia. Mengusir cinta bukan bererti membenci. Tetapi lebih kepada menjaga jarak antara dirinya dan dia. Hatinya cuma ada satu. Dia tahu, sakit rasanya apabila terluka. Pedih rasanya apabila kecewa. Pasti, dia akan berduka. Lalu, amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya akan terbang dan hilang entah ke mana.
Dia harus memilih. Ya. Memilih sama ada dia mahu terus berfantasi atau menjejak realiti? Mahu terus berada dalam mimpi atau mahu menjejak bumi? Dia sedar. Cinta manusia itu adalah sesuatu yang tidak pasti. Cinta yang hakiki adalah berpaksikan pada DIA Sang Ilahi.
Dia juga sedar, kehidupan kini penuh dengan ujian Ilahi. Jika iman tidak terus diasah, maka dia akan tersungkur rebah. Jika akidah tidak terus dipelihara, maka dia akan terus bergelumang dengan dosa. Jika ilmu-Nya tidak terus diteroka, maka dia akan terus terleka dalam arus dunia. Dia juga sedar. Perjalanannya masih jauh. Banyak lagi yang harus ditempuh. Jika ujian sebegini dia tidak mampu menempuh, apatah lagi ujian lain yang mewajibkan imannya untuk terus teguh.
Dia nekad. Segala rasa cinta yang hadir sebelum waktunya perlu segera diusir. Bimbang pula hatinya akan terus terusik. Kini dia memegang pada satu prinsip!
“Cinta itu fitrah. Ilmu itu amanah. Iman itu perlu diasah. Maksiat itu perlu dicegah!”
Ashadu Anla Ilahailallah Wa Ash Hadu Anna Muhammad Rasulullah. Hanya padaMu Tuhan, aku berserah…