background template

kamu yang comel tu! alahai comelnyew..follow la :3

09/04/2013

Ghuzwatul Fikr, Sayonara Jahiliyyah

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful

http://eclipsec.blogspot.com/2013/04/ghuzwatul-fikr-sayonara-jahiliyyah.html

GHUZWATUL FIKR - serangan pemikiran


Selepas kekalahan tentera salib dalam siri peperangan salib mereka, mereka mendapati umat Islam mustahil untuk dikalahkan dalam peperangan. Semakin diserang, semakin kuat pula semangat jihad mereka.


”Muslims should not be approached as people often do, by arms, but by words, not by force, but by reason, not by hatred, but by love.”- Petrus Venerabilis, pemimpin tentera salib



“Kita tak akan dapt kalahkan orang Islam selagi mereka rapat dengan kitab ini(al-Quran) -King Louis VII, pemimpin tentera salib.


Jadi mereka telah melancarkan ghazwatul fikr. Suatu peperangan, tapi amat sulit perang yang satu ini. Kerana musuhnya tak boleh dilihat dengan mata kasar. Hanya boleh dilihat dengan mata hati. Kalau hati itu bersih.

Senang cakap, kita, ya kita, umat Islam harini dah berjaya pon diserang pemikiran kita dgn cara melarutkan peribadi,merosakkan akhlak,merosakkan fikiran dan murtad. 

Hari ni, apa yang bukan sepatutnya cara Islam dah nampak biasa sedangkan orang yg tegakkan Islam dianggap janggal.

JAHILIYYAH

pendek kata, semua yang bukan untuk Islam, bukan lillahitaala, semua tu jahiliyyah.

tapi disebabkan serangan pemikiran, semua jahiliyyah tu dianggap BIASA !??

PENAT.
berperang berkonflik dengan diri sendiri setelah sedar hakikat semua ni
kenapa berlu berpenat?
YA. SEBAB SYURGA ITU HARGANYA MAHAL.
tak semudah yang disangka
semua yang suci dan haq tak kan pernah sekali-kali boleh bercampur dgn yg batil.
kenapa perlu berpenat?
kerana mati itu bila-bila masa.
tak ada masa untuk bertangguh


Ayuh,tinggalkan zaman Jahiliyyahmu & kita sama-sama buka era baru! Pada usia muda-17 tahun,Al-Maududi sudah mula berjuang dgn penanya dlm Akhbar di India utk membangkitkan kesedaran Islam, serta memperjuangkan kemerdekaan Pakistan. Usamah bin Zaid sudah menjadi Panglima perang yg memimpin tentera Islam seawal usia 19 tahun. Constantinople ditakluk oleh Sultan Al-Fateh semasa dia hanya 21 tahun. Pada usia yg sama, Ibnu Batuttah telah memulakan pengembaraannya menjelajah dunia. Nabi Daud pula telah menewaskan seorang general ketika hanya berumur 15 tahun! Mereka semua adalah pemuda! Tetapi telah mengubah dunia! Aku? Pd usia ini, baru hendak keluar dari kepompong jahiliyyah,baru mula menghayati syahadah & masih bertatih mengenal apa erti aku menganut Islam.
tapi aku sedih.
TERLALU SEDIH.
bila kaca mata islam dah mula menyarung mata hati ni
aku tengok masyarakat sekeliling
menyedihkan
masih hanyut dengan segala wahan
namun dulu
aku juga pernah begitu
bezanya kini, aku tahu. aku sudah sedar.
dalam usaha aku masih lagi bertatih
aku juga dengan penuh rasa kasih terasa seperti bahuku terbeban
akan aku sampaikan juga pada kalian
kerana aku menyayangi kalian
sekali aku mahu keluar dari lorong kegelapan
aku juga mahu kalian bersama.
ketahuilah itu.
kasih ini kerana kita bersaudara
mohon agar diberi kekuatan










3 comments:

  1. Assalam sis.me dah follow yours.thanks :)

    ReplyDelete
  2. Nasib baik x terikut dengan budaya barat ni.. Terikut dngan kpop ja.. Ekekekee

    ReplyDelete
  3. Entry yang menarik..
    saya dah follow blog nhe dan jangan lupa follow balik yerr :)
    Terima kasih~salam ukhuwah
    www.kamarularnizam.blogspot.com

    ReplyDelete