*artikel copy paste. semoga penulis mendapat pahala ilmu yang bermanfaat*
Mereka kata...Kita ni pelajar Sekolah Agama Tapi Kita...Semakin malu mengaku hakikat itu.
Mereka kata...Kita ni menjaga solat. Tapi Kita...Kalau boleh nak buat masa paling hujung waktu.
Mereka kata...Kita ni boleh menjadi imam Tapi Kita... Bagi alasan "Eh ada orang yang lagi layak lah"
Mereka kata...Kita ni tak mengumpat Tapi Kita...Pantang ada geng. Pasti bergosip.
Mereka kata...Kita ni calon suami yang soleh Tapi Kita...Layak ke gelaran soleh tu untuk kita?
Mereka kata...Kita ni calon isteri yang solehah Tapi Kita...Layak ke gelaran solehah tu untuk kita?
Mereka kata...Kita ni mathurat dijadikan amalan harian. Tapi Kita...Mathurat tu apa benda?
Mereka kata...Kita ni mengamalkan sunnah. Tapi Kita...Perkara yang wajib pun entah ke mana.
Mereka kata...Kita ni menutup aurat. Tapi Kita...Mempersembahkan aurat menjadi kebanggaan.
Mereka kata...Kita ni qiamullail dijadikan makanan mingguan. Tapi Kita...Last buat pun time kat sekolah.
Mereka kata... Kita ni kuat bersedekah. Tapi Kita...Kekasihku segala-galanya.
Mereka kata... Kita ni menjaga batasan pergaulan. Tapi Kita...Bertepuk tampar dengan ajnabi menjadi kebiasaan.
Mereka kata...Kita ni banyak menghafaz Al Quran. Tapi Kita...Juzu’ amma pun entah ke mana.
Mereka kata...Kita ni sedap mata memandang. Tapi Kita...Langsung tiada seri dek terpalit dosa dan noda.
Mereka kata...Kita ni membaca Al Quran dijadikan kelaziman. Tapi Kita...Al Quran hanya perhiasan. Entah-entah dah berhabuk.
Mereka kata...Kita ni penuh ilmu agama di dada. Tapi Kita...Sekarang kita bukan pelajar sekolah agama dah. Belajar pun sekadar mahu lulus periksa.
Menangislah wahai jiwa-jiwa yang membaca. Telah datang peringatan kepada kita. Kenapa kita mendustakannya?
Realitinya, inilah fenomena biasa dalam kalangan produk sekolah agama. Mungkin tidaklah semua, tetapi pasti ada sebahagian. Sebaik sahaja melangkah keluar dari sekolah maka sejajar dengan itu segala Tarbiyyah dan didikan dari Ustaz dan Ustazah kita abaikan. Kita tergolong dalam bekas pelajar yang ada sedikit fikrah agama. Layakkah dipanggil Fikrah andai amalan di hujung dunia. Tertidur kita. Bermimpi indah andai kita mendapat Syurga. Tapi akan adakah syurga bagi sang pencemar agama. Merintihlah wahai hati. Menangislah wahai jiwa. Meraunglah wahai sanubari. Tak malukah kita melihat bekas pelajar sains, bekas pelajar sekolah harian biasa malahan bekas pelajar King Edward dan Methodist pun lebih menghayati agama dari kta yang bertitle “Budak sekolah agama”. Oh terlupa pula, kita hanya bekas sekolah agama. Tak perlu lagi menonjolkan ciri-ciri murni Islam dalam diri. Tapi, sememangnya kita adalah bekas sekolah agama. Tapi kita bukan bekas beragama Islam. Kita masih beragama islam. Sila menangis bersungguh-sungguh.
Tidak berdesing kah telinga kita mendengar
“Ala..budak sekolah agama pun buat begitu dan begini”
Atau lebih menyakitkan apabila non muslim bercakap,
“I tengok budak sekolah agama pun macam tu. Patut la Islam ni teruk.”
Nah. Tahniah untuk kita semua yang berjaya menimbulkan fitnah besar kepada agama yang kita cintai ini. Islam yang tersebar dengan lelah dan keringat baginda Ar Rasul S.A.W, para sahabat dan para mujahidin, kita cemarkan dengan akhlak “budak sekolah agama” kita.
Ingin atau tidak kita sememangnya memegang title tersebut. Dan kita sudah pun memegang Ijazah Budak Sekolah Agama. Bukan kita sahaja. Ramai lagi kawan2 kita dari aliran yang sama BERUNTUNG dengan adanya title tersebut. Kita telah dijinakkan satu ketika dahulu dengan Tarbiyyah sekolah agama. Kita pernah dihidangkan dengan biah solehah. Kita pernah diajar kemanisan solat berjemaah. Telinga kita selalu disajikan dengan Tazkirah Ruhiyyah yang meluluhkan jiwa. Kenapa tidak sekarang kita kembali kepada kita yang dahulu? Sila tampar pipi sendiri berkali-kali. Nah. Anda masih tertidur lagi? Nah. Anda masih bermimpi? Sila hantukkan kepala sendiri ke dinding. Wahai. Jadikan title “budak sekolah agama” itu sebagai wasilah untuk kita memperbaiki diri kita yang dipenuhi dengan lumpur noda ini.
Artikel ini bukanlah dihadirkan atas dasar ingin mengumpat ataupun mengata. Bukan jua untuk mendabik dada sebagai produk sekolah agama. Tetapi sebagai wacana untuk kita muhasabah diri, merenung peribadi diri, menilai amalan sendiri, mengaudit sahsiah sendiri. Apakah layak kita menggalas title “Bekas Pelajar Sekolah Agama?” Solat jemaah kita ke mana? Al Quran kita di laut Cina Selatan kah? Mathurat kita di Banjaran Himalaya kah? Batasan Ikhtilat kita di Gunung Karaktoa kah? Sila menangis tersedu-sedu. Begitu juga dengan diri saya. Diri yang penuh dengan dosa dan noda.
Bukan mengatakan kita wajib menjadi alim seperti ulama’ hebat. Bukan ingin mengatakan kita harus taat seperti malaikat. Kerana kita sendiri mengenali perbatasan kita. Manusia yang penuh cacat cela. Tapi cukup lah kita menjadi umat yang sebenar-benar umat. Ingat kata-kata ini. “Andai tak mampu buat semua jangan tinggal semua."
Wahai. Kita adalah harapan ummah. Tapi bukan untuk kita mendabik dada. Bahkan, ini adalah amanah yang berat. Seakan-akan segala gunung-ganang yang ada diletakkan di atas bahu kita. Nah. Rasakan amanah ini. Hidupkan semula hati kita. Untuk kita merasai semula Tarbiyyah Rabbaniyyah dan untuk kita menghayati Tazkirah yang menggugah jiwa. Apa yang ditunggu lagi? Ingin ditunggu langit terbelah dua? Ingin ditunggu halilintar membelah samudera? Wahai. Anda telah dilengkapi dengan khazanah ilmu yang tidak dimiliki oleh mereka yang tidak bersekolah agama. Khazanah yang sepatutnya kita guna untuk menghadapi Ummah. Bukan untuk kita berbangga dengan Slip Periksa. Wahai. Bangkitlah dari tidur lena. Kembalikan diri ke dalam kandang Ibadah. Jalankan tugas Khalifah.
*artikel copy paste. peringatan buat diri sendiri jugak. rindu nak share dgn kwn2 seperjuangan yg disayangi
''Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan'' -Imam Hasan alBasri
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..
uhibbukum fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya
No comments:
Post a Comment