background template

kamu yang comel tu! alahai comelnyew..follow la :3

23/03/2012

Kejayaan Semanis Madu Memerlukan Pengorbanan Sepahit Hempedu

''Kejayaan Semanis Madu Memerlukan Pengorbanan Sepahit Hempedu''
sapa engat lg kata-kata ni ada katne? kat tangga belakang ASPURI kan kan?
5 TAHUN ulang-alik p ampaian SETIAP HARI aku mesti baca kata-kata ni. 

dan harini..
betapa pengorbanan kita semua terbalas. 
betapa manis kejayaan yang kita rasa. Allah saja yang tau.

TAHNIAH buat kita semua. semua kawankawan spm candidates 2011 dan semua cikgucikgu yang dah bertungkus-lumus berpenat lelah serta seluruh warga SMKAB. TAHNIAH.TAHNIAH.TAHNIAH.

:') ---> air mata terharu+gembira

aku taktau camna nak describe. 
sila baca blog : 
bacalah. sebab seriously aku baca dgn air mata! 
aku nak KITA SEMUA KONGSI KEJAYAAN DAN KEGEMBIRAAN ni.=)





ALHAMDULILLAH
bersyukur sgt3 dengan result SPM 2011 yang gempak ni.

  • TERBAIK DALAM SEJARAH SMKAB
  • gred purata sekolah 2.64 peningkatan 0.29
  • 11 A=4 10A=5 9A=9 8A=11           
***
perasaan aku rasa mulamula rasa macam nak nanges kgmbiraan sampai kluaq ayaq mata darah pon ada pastu rasa jugak macam nak lompatlompat gulingguling.haha..


ya.alhamdulillah, at last aku dapat jugak 11A. (5A+ 5A 1A-) 
aku tersangat lah lega sampai lemah lutut nak pengsan~~fuhh..seriuosly.
itulah yang terbaik yang aku dah termampu usaha. :D

betapa takotnya aku sebelum tu HANYA ALLAH YANG TAU. 
aku takut sgt sgt kalaw aku hampakan harapan umiabah, sekolah, cikgu cikgu dan kawankawan yang dah sungg0hsungg0h banyak berkorban utk aku. 
semua tu sangatlah menyeksakan aku walaupun aku tau aku dah cuba usaha yang terbaik.
bila dh dapat...alhamdulillah..dpt jugak aku balas semua pbgorbanan tu.

BERSYUKUR-->LEGA-->GEMBIRA =))

tapi apa yang buat aku extra+super+duper+mega+giga+tera BAHAGIAnyaa 
ialah RESULT KITA SEMUA yang hebad gempak dan dapat gembirakan cikgu cikgu. 

aku sangat bangga jadi SMKABian. aku sangat bangga dengan kita semua :)

***
firstly, ADDMATH.
tcer.tcer syg saya jugak?(sronok sampai pengsan~~)
saya lg syg tcer..huhu..tapi saya tak berani luahkan =.='' hee

first time aku pegang kertas exam addmath aku markah aku adalah FAIL.
dan markah-2 aku yang seterusnya adalah fail jugak,kemudian cukup cukup makan. ta pernah lebih pon dari 50. tapi aku sangatlah sronok bila aku tak fail even markah aku masa tu cuma 41! 
maaf tcer,saya tau dah banyak kali tcer dipersolkan cikgu-cikgu lain pasal kenapa subjek lain saya A tapi tidak addmath? bukan salah tcer, dah memang pon saya taktau la kenapa saya susah sangat nak hadam semua nombor nombor, unknown, segala equation, formula dan ect ect..bila tengok saya cuma nampak bintang-2 keliling kepala and then mengantuk..huaargh(menguap) huhuhu..

tcer tetap mngajaq dgn penuh semangat even tecer sedang sakit. tabahnya tcer tahan sakit mungkin allah je yang tau. ya. terima kasih atas segalanya tcer.
saya memang takpernah tanya soalan addmath kat tcer sebab saya sangatlah takut.hee..bukan apa,saya takut tcer terlalu tension sebab even tcer dah ajar sesungguh-sungguhnya tapi saya tak dapat jugak catch-up.huhu..saya tak sampai hati nak tanya.jadi saya tanya jela kawankawan sampai depa kena terang satu per satu. 

terima kasih sungguh dekat kawankawan ni especially HAZ,NOHEN,dan CIKNA yang ajaq aku TERUK GILA. mmg sesungguhnya bukan senang nak ajaq aku addmath. 
-haz penah ajaq aku sampai tangguh homework n tdoq lambat sebab baru nak siapkan homework lepas ajaq aku.:'}teharu~ besaq rahmat sunggoh allah jodohkan aku satu kelas,satu dorm,siap satu katil atas-bawah lagi dengan haz.
-nohen tak kesah pon aku p kacau dia kat kelas razi,tapi siap ajak lagi dan sedia tempat kat aku.teharu~
-cikna sampai ajak aku tidoq kat umah dia blajaq addmath. walaupon duduk sehari dua ja kat Selama tp aku rasa berbekas sungguh dalam jiwa ini.teddiia ayat..jatuh cinta sungguh aku dgn Selama yg amandamai,umah cikna,mak ayah cikna yang sungguh baek. 
pastu seronok sungguh aku tgok telatah cikna yg manja kiut kat umah dia.heuheu..
sronok sgguh study ngan cikna tgh mlm sambil tgok Dream High kt KBSW.hee.
pastu cikna bawak pi tusyen kat ayah mira,cekgu mizam. kelas tu mungkin cuma beberapa jam tapi sgtlah bemakna buat aku.banyak soalan-2 trial yang kami bincang haritu naek sungguh dalam SPM. especially soalan graf cos sine paper 2 dan soklan triangle paper 1 tu.aq engat sunggoh. banyak lagi yang aku dapat kt kelas tu seriously.teharu lg~

kalau nak ikut aku selalu hlg smangat kalau bab addmath ni. tapi timakaseh sungguh kat kawankawan sekeliling yg byk support aku secara depa sedar atau tidak.hehe..
ainaa.kita dua penah nanges masa tcer tgh mngajaq dlm klas sbb ta pham. byk yg kita lalui,p tusyen skali kt cekgu syikin.org len munkin tgok muka kita cam bukan muka a addmath.mmg hard time tu tapi naa slalu kata em.boleh! boleh!..
dalam klas,kalau km nak buat addmath tapi tak paham rasa macam nak je tutup buku addmath tu simpan,tapi km tgok naa yg dok kt depan tu maseh lg setia dengan addmath. so tu akan jadi catalyst km buat lg sebenaqnya.

ya.ada time tu kita penah asyik betakung ayaq mata mengadap addmath.
harini kita boleh betakung ayaq mata tgok result addmath kita. 
tahniah sahabat:)

err..kalau nak cita lagi sampai esok tak sudah g ni.hee


KIMIA


terima kasih sangat sangat tcer sebab dah bagi kepercayaan yang sangat tinggi kat saya. tcer selalu ulang ulang announce kata tcer target saya KIMIA A+. 
hakikatnya sebelum ni saya tak penah langsung pon dapat A+ =.=''
time tu allah je yang tau betapa hati aku menjerit-jerit kat dalam. ah,mampukah aku?
tapi dgn segala hasil usaha tcer yang sungguh sungguh hebad selama ni saya yakin even masa f4 saya dpat A cukop2 makan je,tu pon sbb hafal je,bkn paham konsep sgt pon tapi bila tcer ajaq kimia saya mula nampak 'sinar kimia' tersebut.haha..betapa tcer dah bejaya buat kami semua nampak indahnya kimia,hee~~ ya,macam ejad kata tcer memang sesungguhnya layak jadi guru cemerlang malah patut dapat lebihlebih lagi.

kluaq topik kimia. tcer tau kan saya bukannya baek sgt pon. how bmasalah saya tcer ja yg tau.dari masa yang saya nanges-nanges kat tcer sebab nak letak jawatan prefect tu sampaila bab kantoi segala. seriously PERASAAN ni bercampur-baur teramat sangat. 
hurm,tak terungkap perasaan saya pasal semua ni.arrgh camna nak luahkan ni??
um.tapi PELUANG dan KEPERCAYAAN yang tcer dah bagi memang SANGAT BERMAKNA dalam HIDUP saya. 

TERIMA KASIH TICE ATAS SEGALA-GALANYA!!


****
aku memang rasa bahagia dapat straight a. tapi TAK SEBAHAGIA aku dapat straight a bersama-sama bestfren aku.uhuhu..ayaq mata dah mula kluaq..
aainaa.bangga dgn kamu.kita gigih kan selama ni?hehe..p tusyen skali.studi sampai kita hidup nomad,tdoq ats lantai.ats meja.tdoq ikot syif,men gerak2,haha..tumpang bilik KP.menginap kt blik studi,blik bacaan-masa SPM.em,ap lg.byklah nak cita.
dari time trial kita study sama2.trimakaseh..
ya.kita mungkin bukan otak genius yang senang2 boleh dpt straight a.
tapi kita dah usaha semahunya.



tengok? kan aku dah kata hang 11A. masin kan mulut aku?h0h0 pasan.
TAHNIAH KAWAN.aku tumpang sronok =)

(cewiy dak boh msg kt sini?xpe.sukati,ni blog aku.muehehe) 


dan ila.tabik springg sggoh2 ni. AMIRAH BADAR+PREFECT+11 A!!
w0w maveles! taniah ila. sunggoh tabah kawan aku sorang ni. bangga sungguh dgn ila.org kecik comey tapi berjiwa besar ^^,

****
taniah utk semua.
hasy!!cemerlang!!tgok?hasy mampu! =) alah,timaksh study skali time spm,
amani,farah,haz,nohen,cikna..semua cemerlang.
tikah sabri.smpat jmpa sat ja. taniah too! dan semua..tahniah!!
nak je aku peluk peluk semua ≧◡≦


yang paling membanggakan cikgu2..

tahniah semua :)
ni la sebab utama gred purata keseluruhan kita naik dgn mendadak.
well d0ne!

****

YANG PASTI ni semua baru permulaan kita utk ke alam yang lebih mencabar lepas ni.
sama-sama kita doakan semoga kita semua berjaya-berjaya.
tak semestinya yg cemerlang harini akan cemerlang jugak at last nanti atau yang krg cemerlang tak semestinya tak boleh cemerlang nanti.
Allah lebih mengetahui.
Rezeki di tangan Allah. 
kisah benar. Bill Gates :)

akhir kata. kurangakan kontroversi, tingkatkan prestasi. hee~
cam tak pecaya kita semua dah terpisah kan :'(
semoga ada jodoh antara kita semua. semoga dapat jumpa lagi.

ameenn..


12/03/2012

new and big experience..

entri aku kali ni cam panjang sket kot=.=''

harini aku keja tido je. haha. sebab OTAK n OTOT aku yang dah lama rest dan hampir-2 berkarat kena bekerja 3hari secara mengejut^^,

ceritanya..haritu aku cam dpt rezeki dari langit je bila JPA tiba2 call aku.tertampar2 jugak pipi aku kot-2 la mimpi ke haha
then aku dapat ni :

mula-mula konfius jugak aku. SAC? program apa r pulak..tak penah pulak aku dengaq. yang aku tau inteview je.. tanya punya tanya JPA sikit2 je depa cite. selebihnya..semua RAHSIA..ces,sengaja! aku takut gile nak p tp pkir2 balek rugila pulak klaw takmau p kan.at least klaw p dptla pengalaman klaw xdpt ap2 pn.. yang paling aku kecut bila tgok jadual ni :

mak aih! banyak tahap ''PENILAIAN''..gila arh!! tapi ni peluang sekali seumo idop kot..nak tak nak aku p jela jugak..berserah jela 100% kat Allah apa r  yang JPA nak nilai sgt tu.huhu..

nak jadi cite so aku pon p la..suasana kat sana lagi la buat usus-usus aku kecut.semua yang p ex-2 skolah top2,kluster..SERATAS, TGB, SBP-2.. Sains Alam Shah..King George..aku tanya depa skolah mana centu la depa jawab. pakai shortform bagai.honestly mula-2 aku tak paham n bajet je kata "o0o0''..
muahaha..lama2 baru aku tau.besa r,lembap cket catch-up.haha.kalau aku jawab aku SMKAB agak2 mesti depa tanya balek 1001 soalan. jadi setiap kali ditanya aku jawab lengkap ''SMKA Baling, Kedah'' dgn penuh bangga sebab aku sedaq walaupon skolah aku bukan skolah kluster,bkn skola top,mahupun femes tapi aku sangatlah berbangga dgn skolah aku.wee~~ sebab tanpa SMKAB siapalah aku.kan kan..hihii..

tu baru bab sekolah. tak masuk lagi bab dengaq depa sembang2 pasal dah penah jumpa sblum ni masa debate, olimpiad, dan jawatan2 depa yang major org penting, MT segala bagai. aku dengaq jela.arh maka aku rasa semakin tersesat disitu.haha.. dahla memang yang p major trial straight A. tgok muka sorang sorang pon nampak sgt muka A++. aku yang result stakat cukup2 makan ni bersyukur sgtla buleh tesesat kat situ.rezeki Allah nak bagi. alhamdulillah la.

tp jgn salah pham. even depa hebad-2 belaka tp dlm semua 60 org yg p tu aku tak jumpa sorang pon yang overacted,belagak,riak or yg sama waktu dgnnya. semua baik-2,friendly,n humble2,pendek kata baek2 belaka..hee..tapi kat sana aku jadi rindu gila kat GFF kawankawan SMKAB aku..uhuhu..sampai mlm first aku tidoq kat UNITEN tu aku sampai mimpi2 p sekolah.haha..

kenangan ngan housemate yang happening =)

then aku nak cite bab JPA pulak. 
gila arh,aku rasa cam JPA buli kitorang habis-habisan.
ces,mentang2 r ada kuasa utk membiasiswakan org.haha..
daftar-2 trus dapat tag number yang mak hang besaq gajah punya disertai pesanan penaja ''selagi nyawa tak becerai badan, number pon tak boleh bercerai dgn badan''. WTH?? 
sebab nyer diorang nak nilai n bagi markah 24 jam setiap xtvt kitorang.
rasa cam kena spy bagai. tak buleh blah t0l.
tp penginapan.terbaekk..bilik sorang satu.hee..

maka aku terpaksa menjadi hipokrit.haha.
cakap2, present2, volunteer2.. dan menjadi GIAT juga.haha..
semua yang p terpaksa jadi centu.
yela sape tak nak biasiswa beb.nak tak nak aku tepaksa.
malas malu takut sket p0n tak dilayan.
tu la.kalau nak ikot prangai aku yang tulen tak hipokrit hakikat lagi realiti nya 
SUMPAH JANGAN HARAP aku jadi volunteer-2 bagai selagi tak kena ugut bunuh.muahahaa..

program bejalan smoothly dgn jadual yang mmg pack.
setiap penilaian suspen-2 tahap.
semua on the spot baru dpt tau.
setiap xtvt tak leh ada satu benda pon ngan kita.even sebatang pen.
tinggal otak je.huhu..kejam punya JPA.

semua segi kena test. 
start kemahiran selesai masalah. present dalam bm. dlm english. test IQ kat checkpoint2.public speaking.
lumba lari jugak.mmg WTH la..siap kena merentas uniten bagai.fit pon ditest.
kat garisan penamat aku dapatla kupon kale hijau.bulehla..hijau tanda jalan.bulehla tu.haha.
dah abes lari cungap-2 lepas tu kena menari pulak. cess,menari pon nak test?
mmg takleh blah. aku dgn malu2 kucing ikot je group aku menari. fuhh,kredit r ada budak kelantan lam grup aku tu shuffle siap.extra mark!haha..  yang penting enjoy=)

tak kesah la apa2 pon..yang penting aku enjoy sgt. semua modul best2 yang paling best dapat group yang mmg happening lagi sporting.ngee~~bravo group 1!!

aku.asma.nad.dijah.halim.faris.aqil.addeen.asyraf.thinesh=)
number banduan masing-masing. haha.
satu m'sia!!hee..
thinesh-shah alam,ats tu faris-kelantan,tepi aqil-SP!(huh,atlast jmpa gak geng.haha) 
housemate n satu grup=)
tgh:nad-negeri 9.gaya sejibik cam ustzh asma kot.dahla muka n suara pon sama.
yg 6be 8 tu asma, perak.english debator. bila speaking kaw2 pergh, time dia perform public speaking aku rasa ternganga aku tgok dia nseb baek tak meleleh ayaq liuq.muahaha..

PEACE!! +asma tgah tgkap gmb0
ekceli gmb0 ni lepas penilaian last public speaking.
dalam lif nih. kami satu grup menggila tekan button
lif setiap floor n menjelajah satu blok tu.best3.
grup len tak wat keja nih.haha..



Break time ! .muka halim diblock tgn faris. gmb0 asma takde jugak sbb jd fotographer.

dalam umah kitorang. nad,aku,sarah,asma.
sarah(52) telepas p grup len.suka r sarah.peramah sgt.
semua peserta SAC kenai dia.hhehe.


tak abes g merepak?haha..
masa public speaking ayt last aku 
''I really hope JPA would like to sponsor my scholarship so that I can continue my study eventough i'm not as good as my gorgeous fellow friends in front of me right now.''
pergh.bunyi pasrah dan mengharap gila.
dahtu aku dengaq budak2 grup aku bising2 bagi feedback positive. no la.you're good too.u can. n ect..
teharu gak support tu.hee..
pastu tetiba tak jadi pulak cakap 'that's all from me.tq' aku sambung merepek dua tiga minit lg.haha..

las las masa majlis penutup, pegawai JPA bg ucapan. dia kata program SAC ni taun k-2 buat. tahun first buat taun lepas. kira yang ikut program ni taun lepas insyaallah semua dpt tajaan kami melainkan result SPM btul nanti lg truk dari trial.nanti apply online JPA bila dah kluaq n attend inteview.
time tu aku bermonolog : DAMN!abes tu penilaian spanjang program ni utk ap?kalo aku tau awal awal tobat aku wat sengap je sepanjang program..hehe..
tak ah.tak de la.yg penting dpt pengalaman.dan peluang.alhamdulillah=)

sekian.





06/03/2012

Hikmah Allah menciptakan hawa



6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis..  Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah meniti di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA


Untung jadi WANITA lebih-lebih lagi jika SOLEHAH ♥ 

KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA


cerita ni mmg di c0py paste dari fb..but then aku sgt tertarik baca ni


:: KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ::

Ketika Allah menciptakan wanita,

Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...

Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...

Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...

Mampu tertawa saat hatinya menangis...

Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...

Dia boleh melawan ketidakadilan...

Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...

Hatinya terluka saat melihat kesedihan...

Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"....

Jangan izinkan aku jatuh cinta andai masanya belum tiba...


Jangan izinkan aku jatuh cinta andai masanya belum tiba

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

p/s : ameen.. (◡‿◡✿) 
sangat tersentuh ♥ terima kasih..



Solehah Itu Cita-cita



artikel dari iluvislam.com...buat renungan~~





Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Rasulullah bersabda,
"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah". (HR Muslim).
Rasulullah bersabda,
"Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )
"wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga.dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi solehah?" soal ustazah sewaktu minggu orentasi sofful awwal. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke halaman maahad yang permai.
"nak..!!"  jawab kami. Ustazah tersenyum.
"kalau macam tu, usahalah jaga akhlak kamu.Rasulullah pernah bersabda, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)"
"insyaAllah ustazah..!"

Kini saya dah dewasa. Bukan lagi murid tingkatan satu dahulu. Mungkin cita cita untuk menjadi seorang doktor tak kesampaian. Namun cita-cita sebagai seorang wanita solehah tetap hidup dalam diri. Kalau dulu saya hanya mengangguk kalau ada yang berpesan
"Nanti kamu jadi anak yang solehah ya. Yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya"
Solehah yang ku hadam sebagai perempuan yang baik. mudah saja. ^^
Hari ini saya melihat dunia. Dunia realiti dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk ketemu. Saya yang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjaga aurat. Untuk menjaga iman dan akal hati. Kadang kadang saya menangis sendiri.
"ya Allah susahnya mahu jadi solehah. bertalu talu aku di uji"
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?"
Ku sapu air mata. Takut kalau Allah mengunci hati. Ahh.. Itu hanya mehnah kecil. Sedangkan Sumayyah di uji imannya dengan ujian yang maha dasyat! Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya!
"Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.
Abu Hurairah berkata Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara:- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak yang soleh yang mendoakan baginya"
Cukuplah kesolehahan ku membawa kebahagiaan buat kedua wali ku dunia dan akhirat.
** Madah Untuk Wanita Solehah
Notakaki: Jom kita meneliti sejarah isteri-isteri Nabi kita dan wanita wanita solehah agar menjadi inspirasi bagi kita untuk terus bercita cita menjadi yang solehah.. ^^

"SAYA SANGGUP TUNGGU AWAK"


artikel ni diambil secara mutlak dari muslimdoktor dengan izin penulis.
 'saya sanggup tunggu awak' sebagai renungan bersama...




"Awak, awak sanggup tunggu saya tak?" 
Mukanya kelihatan merah menahan perasaan. 
"Mestilah saya sanggup. Kenapa awak?" 
Balasku sambil menatap wajahnya dengan penuh berminat. 



"Awak janji dengan saya ye? Boleh?"
"Saya berjanji insyaAllah....
Saya sanggup tunggu awak walaupun bertahun lamanya" 


"Sebenarnyakan, awak sudah lama bertakhta di dalam hati saya.
Awak telah sentuh hati saya meskipun saya tidak sedar.
Meskipun saya tidak inginkannya hadir.
Tapi saya amat sayangkan awak"
Luah hatinya dengan penuh perasaan. Pilu aku dibuatnya. 

"........dan saya tak sanggup kehilangan awak.
Awak hadir dalam hidup saya memberikan saya sinar baru.
Awak buat hari-hari yang saya lalui begitu indah dan bertenaga." 

"Bagaimana mahu saya dustakan perasaan ini?
Awak tahu...betapa sakitnya hati ini.
Allah telah campakkan rasa sayang, rasa rindu saya kepada awak.
Saya tidak boleh tipu perasaan saya lagi.
Hipokrit namanya." 

Suasana menjadi mendung.
Memandang sungai yang mengalir tenang
bertambah memendungkan hati yang diremuk pilu. 

"Awak......" 

"Bukankah saya sudah beritahu awal-awal lagi?
Jangan usik hati seseorang jika belum berani untuk bertanggungjawab.
Dan terbukti awak masih belum bersedia." "Saya juga begitu.
Saya masih belum bersedia. Dan saya tidak berani untuk terima awak.
Hati saya masih tertutup kemas." 

"Awak, terimalah hakikat.
Yang ada pada saya cuma perasaan meraikan kehadiran awak.
Awak memang penting dalam hidup saya.
Awak melengkapkan kehidupan saya.
Tanpa awak, saya seperti robot manusia yang tiada perasaan." 

"Saya hanya sukakan awak. Sayangkan awak.
Tapi saya belum boleh cintakan awak.
Awak seperti bayang-bayang saya yang hanya wujud ketika waktu malam.
Saya tahu, awak sentiasa mengekori ke mana saya pergi.
Seolah-olah mengintai sampai bila bayang-bayang
harus menjadi bayang-bayang." 

"Ya, saya sanggup tunggu awak.
Kerana masanya masih belum tiba.
Saya boleh bersabar dan akan terus begini.
Bersabar dan bersabar.
Itu sahaja yang boleh saya buat.
Rasulullah SAW pun ada bersabda
“Sabar itu separuh iman.”
(Hadis Riwayat Abu Na'im daripada Ibn Mas'ud).
Awak tidak perlu risau dengan saya.
Kita hanya perlu jelas yang mana terpenting
di antara penting untuk dipentingkan." 

"Maaflah awak. Kadang-kadang saya yang tidak sabar.
Tergopoh-gapah tanpa memahami perasaan awak.
Saya tahu awak belum boleh terima saya.
Hati awak seperti batu, keras sekali untuk dilunturkan.
Itu tidak mengapa kerana saya pasti awak akan terima juga saya
 satu hari nanti."

"Saya tahu saya tak boleh paksa awak
bila hati awak tertutup untuk saya.
Ingatlah, saya amat hormati perasaan awak
dan saya akan sentiasa berlaku jujur dengan awak.
Cuma jangan terus buang saya dan sisihkan saya sampai bila-bila.
Saya amat perlukan awak" 

"InsyaAllah...untuk kesekian kalinya terima kasih awak.
Saya pun sanggup tunggu awak" 

**************** 

Begitulah perbualan antara CINTA dan CITA-CITA. 


Cinta adalah satu kemestian dalam kehidupan
tetapi hadirnya perlu dikawal dan dirancang
supaya cita-cita tidak rasa dirinya terbuang dan terabai.
Jika boleh diseiringkan tahniah dan hargailah keduanya
dengan cara yang halal.
Jika belum waktunya, bermujahadahlah dan fokus. 


Hanya pilih antara dua sudah menentukan jalan mana yang diambil.